Selasa, 20 Mac 2012

JOM BACA



SOALAN LAZIM

Soalan 1: Adakah saya perlu membeli nombor telefon baru (SIM Card) untuk mendaftar?
Tidak perlu membeli SIM card baru. Anda boleh menggunakan nombor telefon yang sedia ada atau yang anda gunakan sekarang untuk mendaftar.


Soalan 2: Bolehkah server melakukan jualan topup untuk nombor dan jumlah yang sama lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam?
Tidak. Ini bertujuan supaya ahli tidak melakukan kesilapan double transaction. Jika ingin reload 2x untuk number yang sama dalam masa 24 jam; kami sediakan format mesej yang lain kepada anda.


Soalan 3: Jika saya tersalah memasukkan nombor ketika topup, dapatkan ia ditarik balik?
Tidak. Jika anda telah menghantar format untuk topup kepada server dan berstatus berjaya, ia tidak dapat ditarik balik. Jika ini berlaku, pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami. Pastikan nombor yang anda ingin topup adalah tepat sebelum hantar ke server.


Soalan 4: Adakah modal agen yang melakukan topup ini mempunyai had limit atau tempoh sah?
Tidak. Modal yang agen miliki tidak mempunyai had limit, tempoh sah, tarikh luput atau sebagainya. Hanya limit kepada jumlah modal yang anda ada sahaja. Jika modal anda habis, anda hanya perlu mengisi semula bagi membolehkan anda membuat jualan topup. Modal tersebut akan terus berada dalam ID anda.


Soalan 5: Adakah server topup beroperasi 24 jam?
Ya. server beroperasi selama 24 jam. Anda boleh melakukan topup dimana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.


Soalan 6: Berapakah tempoh menunggu untuk suatu topup diproses?
Kebiasaannya, server akan memproses segala transaksi topup kurang daripada 60 saat. Proses yang mengambil masa lebih 30 minit tidak akan diproses. Agen akan mendapat laporan transaksi samada transaksi berjaya atau gagal.


Soalan 7: Saya merupakan pengguna talian pascabayar (Postpaid), boleh saya menyertai  Happy Reload 24 Hours ?
Kami menggalakkan anda meggunakan talian prepaid bagi meminimumkan caj penghantaran sms.



Soalan 8: Yuran pendaftaran yang dinyatakan adalah seumur hidup atau perlu diperbaharui setiap tahun?
Yuran pendaftaran adalah sekali sahaja seumur hidup. Tidak ada cas tambahan dan tidak perlu diperbaharui setiap tahun. Sistem topup ini anda boleh guna sampai bila-bila.


Soalan 9: Saya dah tambah modal, tapi saya tak terima modal yang saya tambah selepas 3 jam, bagaimana?
Semak semula SMS yang anda hantar. Pastikan maklumat bank, tarikh, masa, jumlah dan nama yang betul. Pastikan jua anda menambah modal ke akaun yang betul.


Soalan 10: Saya berumur 13 tahun. Bolehkah saya menyertai Happy Reload 24 Hours?
Boleh. Syarat umur untuk menyertai adalah 13 tahun dan ke atas.


Soalan 11: Adakah saya akan dibekalkan dengan website untuk tujuan promosi?
Tidak. Sekiranya anda berminat untuk membuat website seperti web site ini, boleh meminta/menghubungi admin dan admin akan uruskan website anda dengan bayaran tertentu.



Soalan 12: Saya melakukan tambah modal selepas jam 8pm. Apa yang perlu saya lakukan?
Jika anda telahpun bank-in/transfer wang ke akaun tambah modal, sila hantar Format SMS bukti tambah modal pada keesokan hari selepas jam 9 pagi. Modal anda hanya akan diproses pada waktu 09:00 pagi - 06:30 petang.

Soalan 13: Adakah sistem topup ini dipercayai?
Banyak ahli telah menggunakan sistem topup ini, dan kami percaya mereka tidak tertipu. 100% keyakinan dan kepuasan diberikan. Kami tidaklah mengautkan keuntungan semata-mata tetapi membantu anda menjimatkan pembelian topup berbanding di kedai biasa. Di luar anda beli topup Celcom RM10 dan anda bayar RM10. Bayangkan anda daftar disini dan membeli topup Celcom RM10 tapi hanya perlu bayar RM9.50. Sekurang-kurangnya berjimat. Kami juga harap dapat membantu anda kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga kecil-kecilan dalam bisnes topup ini dan memperolehi pendapatan sampingan. Manfaatkan telefon bimbit anda disamping anda boleh mencari agen lain dan mendapatkan keuntungan yuran daripada mereka.


Soalan 14: Pelanggan tidak menerima Topup ?

Perkara ini biasa terjadi disebabkan kerana, kemungkinan pelanggan memberi nombor prepaid yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor prepaid pelanggan yang hendak di topup itu. Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak di topup sebelum anda menghantar SMS tersebut. Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Anda digalakkan untuk mencatit setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan syarikat.

Soalan 15: Apa yang biasa menyebabkan transaksi gagal?

Transaksi gagal disebabkan hal-hal berikut:
  • · Prepaid Handphone anda habis.
  • · Modal credit anda habis.
  • · Kod produk salah.
  • · No. Tujuan tidak benar.
  • · Operator telefon atau operator sedang ada gangguan.
  • · Kesalahan menaip format sms dalam mengirimkan sms ke no center.
  • · Kesalahan dalam mengirimkan ke no center.

* Sekiranya anda mempunyai masalah atau soalan selain daripada di atas; boleh menghubungi ADMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan